7 Syawal 1438 ( 1 Julai 2017)
Y.A.B. Dato’ Haji Ahmad Razif
bin Abd. Rahman
MENTERI BESAR TERENGGANU
PEJABAT MENTERI BESAR
TERENGGANU
TINGKAT 16, WISMA DARUL IMAN,
20502 KUALA TERENGGANU.
Tel : 09-6276614 (Kaunter)
Fax : 09-6233612 / 09-6237503
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu
Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
Webmaster Line : 09 - 6231957
General Line : 09 - 6231957
Email : webmaster@terengganu.gov.my
Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu
Lot 5116 dan 5117
(hadapan Istana Maziah),
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel: 09 626 2946 / 09 626 4946 Fax: 09 626
1946
DAN LAIN-LAIN PIHAK BERKAITAN
TERIMA KASIH DAN CADANGAN
Buat YAB
Datok dan keluarga ,selamat hari raya Aidilfitri dan semoga sihat sokmo dalam
menguruskan negeri Terengganu Darul Iman.
2.
Buat pengetahuan YAB Datok,saya telah membawa anak
keempat berusia 9 tahun bernama Nur As Syahirah melancong ke Terengganu selama
3 hari bermula 26 Jun 2017 lepas.
3.
Terengganu sebuah negeri yang cantik dan mempunyai
banyak destinasi pelancongan menarik.
4.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan tahniah
kerna tahap kebersihan negeri Terengganu amat memuaskan berbanding Kelantan.
5.
Di sini saya ingin memberikan beberapa komen,aduan dan
pendapat :
Pertama setelah saya keluar lebuh raya LPT mahu menuju Tasik Kenyir,jalan raya
amat teruk,berlobang-lobang dan sempit.Saya berharap kerajaan Terengganu
membaiki jalan raya secepat yang mungkin dan sebaiknya buat dua laluan pergi
dan balik kerna jalan berselekoh amat berbahaya kepada kenderaan.
Saya dan anak sampai ke Tasik Kenyir namun sedihnya tandas di kawasan tersebut
tiada air.Ia amat menyusahkan pengunjung.Amat memalukan tandas di tasik Kenyir
di mana air tasiknya seperti laut namun tandas tiada air.
Harga bot melihat keindahan Tasik Kenyir yang dikenakan terhadap saya RM80
amatlah mahal.Diharapkan YAB Datok memantau perkara ini.
Kedua saya membawa anak ke Masjid Kristal,namun tiada bilik mandi.Anak saya
mandi di dalam tandas.Sepatutnya masjid menyediakan bilik mandi.
Ketiga anak saya amat loba melihat penyu namun tiada penyu.Saya cadangkan di
kawasan Taman Tamadun Islam dibina zoo penyu agar pelancong dapat melihat penyu
.
Keempat kawasan pantai di Terengganu boleh dikatakan bersih namun jumlah tong
sampah masih kurang.Saya cadangkan ditambah tong sampah yang dibalut plastik
dan dipungut sampah setiap 4 jam dan setiap sejam pada hujung mingggu dan cuti
sekolah.
Kelima saya cadangkan Terengganu mempunyai hotline 24 jam untuk pelancongan
,contohnya 09-90009000 bagi memudahkan pelancong mendapatkan maklumat,bertanya
arah jalan dan sebagainya.Sebaiknya hotline mempunyai operator yang fasih
banyak bahasa utama dunia seperti Inggeris,arab,mandarin dan
sebagainya.Paparkan nombor telefon di sepanjang lokasi penting seperti LPT,PLUS
dan sebagainya.
Keenam,perbanyakkan papan tanda jalan.Saya sendiri sesat dan terpaksa bertanya
ramai orang untuk pergi ke sesebuah destinasi.
Ketujuh ,berusahalah agar semua premis makanan minuman mendapat Gred A tahap
kebersihan agar menarik lebih ramai pengunjung makan-makan di Terengganu.
Kelapan saya cadangkan kerajaan membina sebuah kawasan menempatkan 100 buah
gerai makan di Kuala Terengganu dan namakan “Jom makan” ,menyediakan pelbagai
jenis makanan dan resepi tempatan dan antarabangsa bagi menarik lebih ramai
pelancong ke Terengganu.Terengganu mempunyai pelbagai makanan sedap seperti
keropok lekor,nasi dagang dan sebagainya.
Kesembilan Banting dan banner yang bersepah-sepah mencacatkan pemandangan.Saya
cadangkan terengganu membina papan kenyataan elektronik dan buang kesemua papan
tanda lusuh,banting dan sebagainya.
Kesepuluh ,buat laman web mengenai lokasi penginapan.Contohnya :
www.hotelterengganu.com mengandungi jenis dan kategori hotel
bajet,hotel murah,chalet,homestay dan sebagainya.Masukkan kesemua
nama,alamat,GPS,nombor telefon dan sebagainya dalam laman web tersebut bagi
memudahkan pelancong.Bina laman web dalam pelbagai bahasa utama dunia.
Kesebelas,saya telah membeli tiket pakej melawat Taman Tamadun Islam,menaiki
bot menyusuri sungai Terengganu namun hanya diberikan kupon makan percuma untuk
seorang sedakan saya datang berdua .Ia menunjukkan sikap haji bakhil dan
tangkai jering .Sepatutnya berikan kupon makan dua orang .
Kedua belas,saya cadangkan Terengganu menyediakan kad diskaun berharga
RM10 sahaja kepada pelancong agar dapat
membeli belah,tidur di hotel,makan minum
dan mendapat diskaun di lokasi terpilih.Kad diskaun tersebut boleh
diedakan di susur keluar tol LPT dan pintu masuk negeri Terengganu.
Ketiga belas ,masih wujud sesetengah peniaga yang ‘cekik darah’ ,menjual
T-shirt,makanan dan sebagainya dengan harga yang agak mahal.Dicadangkan
kerajaan negeri memantau semua peniaga kerna sikap segelintir peniaga
memburukkan nama Terengganu.Saya ada membeli anak patung penyu berharga RM5
sahaja di sebuah lokasi dan di tempat lain,harganya RM15.
Keempat belas ,Terengganu boleh menarik lebih ramai pelancong arab dengan
promosi yang lebih giat lagi.Galakkan rakyat Terengganu berkomunikasi dalam
bahasa arab dan ia akan menjadi negeri pertama di mana penduduknya boleh
berkomunikasi dalam bahasa arab.Bahasa arab sebenarnya mudah,namun jika tiada
langkah dan usaha dilakukan,jumlah pelancong arab tidak bertambah.Setiap tahun
jutaan bangsa arab melancong ke Eropah dan negara lain dan membelanjakan
berbilion dolar.Jika Terengganu berjaya menarik paling kurang 1 juta pelancong
arab dalam setahun,ia adalah kejayaan pihak kerajaan negeri.
Kelima belas,pelbagaikan bahasa di papan tanda.Contohnya Inggeris,arab dan
mandarin.Jumlah penduduk China amat ramai,dan papan tanda bertulisan mandarin
akan menarik lebih ramai pelancong dari China.
Keenam belas,laman web pelancongan perlu lebih efektif.Contohnya ,perlu
mempunyai paling kurang 10 bahasa utama dunia.Laman web pelancongan juga perlu
memberikan pelbagai info seperti link hotel,destinasi,FB,maps dan sebagainya.
Ketujuh belas ,perbanyakkan papan tanda mengingatkan pengunjung ,contohnya
kawasan selekoh berbahaya “PANDULAH SELAJU MUNGKIN SUPAYA CEPAT MATI” atau
“Buanglah sampah mereta-rata kerna monyet pun suka buang sampah merata-rata”.
Papan tanda sedemikian adalah psiko dan humor.Terengganu perlukan papan tanda
elektronik yang unik dan lucu.
Kelapan belas ,semua peniaga makanan ,minuman,bergerak perlu diberikan kursus
kebersihan dan penjagaan makanan minuman agar makanan minuman yang dijual
adalah bersih.Memang menyedihkan melihat peniaga makanan minuman tidak menutup
kepala,tidak memakai apron,tidak memakai stoking kasut dan sebagainya.Kerajaan
negeri perlu tegas dengan membatalkan lesen peniaga yang degil .Kebersihan amat
penting.
Kesembilan belas,kesemua gerai makan dan restoran wajib memasang air filter
penapis air agar membuktikan mereka menjual air yang bersih.Harga air filter
tidak sampai RM1500 dan kerajaan negeri
perlu mewajibkan kesemua peniaga memasangnya.
Kedua puluh ,sila baiki jalan utama Kuala Terengganu ke Kota Bharu kerna ia
agak sempit,berlobang dan berbahaya.Sebaiknya bina dua lorong pergi balik
seperti lebuh raya percuma AMJ di Melaka.
Ke 21 masih terdapat kaki tangan kawasan pelancongan seperti Taman Tamadun
Islam,peniaga gerai makan yang tidak tahu menghormati pelancong.Mereka bermuka
masam,poyo dan tidak mengucapkan selamat datang.Didik rakyat Terengganu dengan
sentiasa berwajah manis,ramah dan sentiasa menghormati pelancong.
Ke 22 ,saya mengunjungi Taman Tamadun
Islam dll namun tiada lagu raya
dipasangkan sedangkan waktu ini adalah musim raya.Begitu juga lokasi
lain.Seakan bukam musim raya.
6. Buat
pengetahuan YAB Datok,saya membawa anak keempat melancong 3 buah negeri iaitu
Kelantan,Terengganu dan Pahang dari 26
Jun 2017 sehingga 30 Jun 2017 sebagai hadiah mendapat nombor satu pada
peperiksaan akhir tahun 2016.Saya motivasikan anak-anak dengan memberi hadiah
melancong jika mendapat nombor satu.Anak ketiga,pernah mendapat nombor satu dan
saya membawanya ke Singapura.
7. Saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua penduduk Terengganu yang peramah dan melayan saya dan anak
dengan baik terutama sekali Pak Awang kampung Tok Beng yang memberi makan
percuma.Ketika itu saya dan anak dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu dan jalan
sesak.Saya singgah sebuah rumah secara semberono dan meminta makanan buat anak saya berusia 9 tahun yang kelaparan
dan Pak Awang memberikan makanan sedap,nasi dan sup tulang.Seorang lagi bapa
pengantin yang mengadakan majlis kesyukuran perkahwinan anak di dewan Taman
Tamadun Islam mempelawa saya dan anak makan sedangkan saya bukan tetamu
jemputan.Makanan memang sedap dan menyelerakan.Keramahan orang Terengganu tidak
dapat saya dan anak lupakan dan saya mendoakan mereka sepanjang hidup saya.
8. Saya berharap Terengganu lebih
bersih dan indah pada masa akan datang.Saya amat teruja melawat Terengganu lagi
pada masa akan datang.
9. Saya mohon maaf andainya
terlanjur dan terhawau bahasa.Saya mendoakan Terengganu terus aman,makmur dan
maju di bawah naungan YAB Datok.
10. Seandainya YAB Datok dan keluarga
ke Melaka,hubungilah saya agar dapat kita bersembang dan berkongsi pengalaman
dan idea.Whatsapp 24 jam 010-300 5810.
11. Buat pengetahuan YAB Datok,sejak
tahun 1990,ribuan surat saya dihantar kepada YB,menteri,pegawai
kerajaan,jabatan kerajaan,syarikat swasta dll
melalui pos,emel,serahan tangan dll
tidak dibalas.Mungkin mereka mendapat 99 trilion surat sehari,jadi surat-surat saya banyak yang tidak
dibalas.Saya amat berharap YAB Datok sudi membalas surat saya dan paparkan
surat saya di pejabat-pejabat kerajaan negeri Terengganu.Saya juga telah
berkongsi perjalanan melalui blog : http://myjourneywithbelovedfather.blogspot.my/
Antara yang membalas surat-surat saya sejak tahun 1990-2017:
1.YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
2.YAB Tan Sri Ali Rustam
3.Tabung Haji
4.Uitm Puncak Alam
5.Uitm Melaka
6.YB Datok Ahmad Maslan.
7.YB Datok Raja Nong Chik(Ketika menjawat Menteri Wilayah)
8.Perpustakaan Negara KL.
9.Immigration Singapore.
10.National Library Singapore.
11.Presiden Barak Obama.
12.Kofi Annan (ketika menjawat Setiausaha PBB )
13.Datok Siti Nurhaliza.
14.Bill Gates.
12. Terima kasih kerna sudi membaca
surat saya.
Ikhlas,
……………………………………..
(SAAT BIN SULAIMAN )
-SURAT INI TIDAK PERLU TANDA TANGAN KERNA DIUTUS MELALUI
EMEL-